Tentang Arabayu Catering

Ditubuhkan dengan satu misi utama — menyajikan pengalaman makanan Arab-Melayu yang autentik, berkualiti dan penuh cita rasa untuk setiap majlis istimewa. Dengan gabungan resipi tradisi dan sentuhan moden, setiap hidangan disediakan dengan teliti bagi memastikan rasa yang memuaskan serta persembahan yang menyelerakan.

Kami telah menjadi pilihan ramai pelanggan untuk pelbagai jenis acara. Bermula daripada majlis kecil yang intim hinggalah ke acara berskala besar. Kami percaya makanan yang sedap mampu menyatukan orang, mencipta kenangan dan menyerikan sesuatu majlis.

Apa yang menatriknya ialah kami memiliki central kitchen yang terurus serta restoran sendiri, Arabic Palace Restaurant di Sungai Merab, sebagai bukti komitmen kami terhadap kualiti, kebersihan dan konsistensi rasa dalam setiap hidangan yang disediakan.

Kepakaran Kami

Arabayu Catering mengkhusus dalam sajian Arab-Melayu, merangkumi pelbagai pilihan menu yang boleh disesuaikan mengikut keperluan majlis seperti:

  • Majlis perkahwinan
  • Aqiqah & kesyukuran
  • Jamuan korporat
  • Majlis hari jadi
  • Event komuniti & keluarga

Kami fleksibel dalam menyediakan pakej serta menu, dan pelanggan boleh meminta sebut harga (quotation) mengikut bajet serta skala majlis.

Liputan Servis

Fokus utama servis kami meliputi kawasan:
Bangi · Kajang · Putrajaya

Namun begitu, tempahan di luar kawasan juga dialu-alukan dan boleh dibincangkan dari segi harga serta logistik.

Komitmen Kami

Di Arabayu Catering, kami menitikberatkan:

✔️ Rasa makanan yang konsisten & premium
✔️ Penyediaan makanan yang bersih dan terjamin
✔️ Servis yang mesra dan profesional
✔️ Pengurusan majlis yang lebih mudah untuk pelanggan

Matlamat kami adalah untuk memastikan pelanggan boleh menikmati majlis tanpa perlu risau tentang hidangan.

Tempahan dan Pertanyaan

Kami sedia menerima tempahan untuk pelbagai jenis menu dan majlis sepanjang tahun.

Untuk membuat tempahan atau pertanyaan lanjut, anda boleh:
📲 Hubungi kami melalui WhatsApp
📝 Atau isi borang tempahan yang disediakan

Pasukan kami akan membantu anda merancang sajian yang sesuai untuk majlis anda.